Never Perfect

This girl !


cici,a random girl.

Entries About
Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: cici
Others:   

Web Analytics
#CerPenSeb Sinderela?

Lekas lekas Hajar lipat telekungnya dan bergegas ke luar masjid. Dah hampir tiga petang. Kelas Dr Essam dah nak mula. Dr Essam cukup pantang dengan pelajar yang lambat. Hajar tak pernah lewat. Tapi hari ini,dia sibuk uruskan program kolej,tak sempat lunch pun.

Sesampainya di luar masjid, "hahh,sudahhh. manaa pulakkk kasutt aku"

Pusing pusing Hajar cari kasutnya yang hilang. Jam di tangan kirinya dikerling,sepuluh minit lagi ! Hajar tinggalkan saja niat untuk terus mencari,dan ambil keputusan untuk berkaki ayam ke bilik Mariah,rakan sekelas,bloknya bersebelahan masjid,dengan harapan Mariah boleh pinjamkan kasut.

"eh,awak !" satu suara dari hujung kedengaran. "awak yang tak berkasut tu !" sekali lagi.

Hajar toleh.

" kenapa awak ni tak berkasut? " empunya suara ketawa kecil. Muka Hajar merah,tak pasti menahan malu atau menahan marah kerana sang jejaka menghalang dia yang sudah sedia lambat.

"kasut saya hilang, saya nak cepat ni. takpelah, saya pergii..." belum sempat Hajar habiskan ayat.

"eh,nanti. nah ni. amik crocs saya dulu. saya ada lagi sepasang kasut dalam kereta. tar tu panas,takkan awak nak berkaki ayam macam tu" Beliau hulurkan sepasang crocs hitam kepada Hajar.

Hajar yang sedia lewat,malas nak bersembang panjang,terus mencapai crocs hitam tersebut lalu tersenyum .

"terima kasih." Hajar berlari lari anak,kemudian kembali menoleh. "macam mana saya nak pulangkan nanti?" sedikit jerit suara Hajar.

" Awak akan pulangkan,kalau kita masih berjodoh" si misteri tersenyum,nakal.


Older Post | Newer Post